Monday, March 22, 2010

* L@m@nyer xTeNgOk BloG*

.
0 comments

salam kepada membe2 aku..., miss kat korang..lama aku x update blog aku sendiri..sampai org comment benda yg sama jerk..hehehheheehehe...xder masa la..nnt senang aku update..tq saper2 yg sudi comment kat blog aku..k..sekarang aku ader buat business kecil-kecilan..saper2 yg nk bertanya kan product herb sila la email..k..tq..

readmore »»

Monday, May 25, 2009

*K@Mbing Hitam & K@Mbing Putih*

.
0 comments

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?" Gembala : "Oh, boleh saja" Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?" Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"Pemuda : "Yang putih" Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"Pemuda : "Dan yang hitam?" Gembala : "Yang hitam pun sama." Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?" Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?" Pemuda : "Yang putih." Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."Pemuda : "Dan yang hitam?"Gembala : "Yang hitam pun sama." Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?" Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?" Pemuda : "Yang putih." Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur." Pemuda : "Dan yang hitam?"Gembala : "Yang hitam pun sama." : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja" Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya." Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

readmore »»

*PeNyakit si LuNcai *

.
0 comments

Suatu hari si Luncai pergilah berjumpa doktor, mengadu masalahnya yang selalu saja terkentut. Ya, kentut. Kentut sepanjang masa. Kentut, kentut, kentut. Foot, prreettt, prruuuuttt.Luncai: Tapi yang peliknya doktor, kentut saya ni tak berbau dan tak berbunyi. Doktor tau, lima minit saya kat sini, dah lima kali saya terkentut. Tapi doktor tak tau pun sebab doktor tak dengar bunyi kentut tu dan doktor tak dapat hidu baunya, kan?Si doktor diam aja, malah tak dipandangnya pun muka Luncai. Sehelai kertas diambil dan zap zap zap, si doktor tergesa-gesa menulis nama ubat ubat yang perlu dimakan oleh Luncai.Luncai: Fuhh... doktor ni memang genius. Tak payah periksa perut saya pun doktor dah tau ubat apa yang saya kena makan. Tentu lepas ni saya tak kentut-kentut lagi, kan? Doktor: Tak... ubat ni untuk sakit resdung Encik Luncai. Minggu depan datang lagi tau, kami nak periksa telinga Encik Luncai pulak!

readmore »»

*$enyum $elalu *

.
0 comments

Seorang anggota polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki. Selepas memeriksa mayat-mayat, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan,Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat ini mati tersenyum?Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba dia mati diserang angin ahmar, lelaki kedua pula dikhabarkan menang loteri dan tak sempat menjamah duit kemenangan itu... dia diserang sakit jantung. Lelaki ketiga pula mati disambar petir.Polis: Haa mati disambar petir pun boleh tersenyum lagi? Penjaga: Masa tu, dia ingat orang sedang tangkap gambarnya!

readmore »»

*@bout ulang taun*

.
2 comments

salam..hyer kengkawan..today i`m very sad...huuhuhuuhhuhuhhuhu...
xtahu la kenapa..hope ader orang yang mengembirakan aku for today..keje pun macam x semangat jer..hari nie...paper pun..aku tetap akan kuat w`pun aper pun yang terjadi...huhuhu

readmore »»